Halaman ini menjawab soalan yang paling kerap kami terima tentang makanan retort MakanHubb: cara simpan, berapa lama tahan, cara panaskan, order dan penghantaran. Kalau soalan anda tiada di sini, WhatsApp kami di 012-540 0263.

Soalan lazim tentang makanan retort
Apa itu MakanHubb?
Jenama makanan Malaysia yang menawarkan pasta, laksa dan lauk sedia makan yang diproses secara retort di dapur kami sendiri di Wangsa Melawati. Senang disediakan, selamat dan tahan lama.
Apa itu makanan retort?
Makanan retort ialah makanan yang dimasak, diisi ke dalam pouch kedap udara, kemudian disterilkan dalam mesin retort pada suhu 121 darjah Celsius dan tekanan tinggi. Proses ini membolehkan makanan disimpan pada suhu bilik tanpa bahan pengawet tambahan. Penerangan penuh ada dalam panduan makanan retort kami. Kisah dapur retort kami pernah disiarkan oleh Utusan Malaysia.
Semua produk MakanHubb makanan retort?
Ya. Semua produk sedia makan di kedai online kami diproses secara retort, jadi ia boleh disimpan pada suhu bilik tanpa peti sejuk.
Produk MakanHubb halal?
Kami beroperasi mengikut Sistem Kawalan Halal Dalaman dan semua bahan mentah kami berdaftar di bawah MYeHALAL. Pembaharuan sijil halal JAKIM sedang di peringkat akhir, dan kami akan kemas kini di sini sebaik sijil dikeluarkan.
Di mana boleh beli?
Di kedai online kami, Shopee (makanhubb.hq), atau ambil sendiri di HQ Wangsa Melawati.
Soalan lazim simpanan makanan retort
Perlu simpan dalam peti sejuk?
Tidak. Ia boleh disimpan pada suhu bilik. Simpan di tempat kering dan elak cahaya matahari terus.
Berapa lama boleh tahan?
1 hingga 2 tahun dari tarikh pembuatan. Rujuk tarikh luput pada pek.
Macam mana nak panaskan?
Rendam pek tertutup dalam air panas 5 hingga 10 minit, atau keluarkan isi ke dalam bekas dan microwave 20 saat, atau panaskan dalam kuali 1 minit. Boleh juga dimakan terus dari pek.
Selamat dimakan?
Ya. Proses retort mensterilkan makanan pada suhu dan tekanan tinggi. Setiap kelompok kami juga dikuarantin dan diinkubasi selama 7 hari untuk ujian kembung, bocor dan bau sebelum dijual.
Order dan bayaran
Apa kaedah bayaran yang diterima?
Kaedah bayaran yang tersedia dipaparkan semasa checkout di kedai online, termasuk perbankan dalam talian (FPX).
Boleh ubah atau batal order selepas bayar?
Order yang dah diproses atau dihantar tak boleh dibatalkan. Kalau order masih belum diproses, WhatsApp kami segera.
Boleh order secara borong?
Boleh. Kami alu-alukan ejen, dealer, dropshipper dan pembeli borong. WhatsApp kami di 012-540 0263.
Penghantaran
Hantar ke seluruh Malaysia?
Ya, termasuk Sabah dan Sarawak. Anggaran 1 hingga 5 hari bekerja di Semenanjung dan 3 hingga 7 hari bekerja ke Sabah dan Sarawak.
Boleh guna Lalamove?
Boleh, tapi pelanggan perlu tempah sendiri. Lokasi ambil: MakanHubb HQ, Wangsa Melawati.
Tak jumpa jawapan dalam soalan lazim ini? WhatsApp kami dan pasukan kami akan bantu. Info lanjut di page penghantaran dan polisi pemulangan.
Servis retort untuk masakan anda
Boleh retort masakan sendiri?
Boleh. Harga RM17.50 sekilo dengan caj minimum RM70 untuk sehingga 4kg. Slot dibuka Rabu hingga Sabtu, 11 pagi hingga 5 petang. Lihat servis retort untuk kalkulator harga dan senarai makanan yang sesuai.
