Tentang MakanHubb
MakanHubb ialah jenama makanan sedia makan dari Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Dimasak, dibungkus dan diretort di premis kami sendiri.

Makanan sedia makan, dibuat sendiri dari awal hingga akhir
MakanHubb ialah jenama makanan sedia makan di bawah Duoreqa, pengeluar makanan retort di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kami masak pasta, laksa dan lauk, kemudian proses secara retort supaya makanan kekal segar, selamat dan tahan lama tanpa bahan pengawet.
Semua proses dibuat di premis kami sendiri: pemilihan bahan mentah, penyimpanan, memasak, pengisian ke dalam retort pouch, kedapan, pensterilan, hinggalah penyimpanan dan pembungkusan akhir.
- Teknologi retort
- Steril dan selamat
- Tahan lama
- Tanpa pengawet
- Kuarantin 7 hari
Kisah MakanHubb bermula semasa PKP
MakanHubb dilancarkan pada tahun 2021, semasa Perintah Kawalan Pergerakan, dengan spaghetti dalam pek mudah alih yang boleh dimakan terus. Jualan bermula di TikTok dan Shopee.
Kisah kami membina dapur retort sendiri disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 26 Mei 2025.
Hari ini MakanHubb menghasilkan pasta, laksa, lauk dan sos sedia makan untuk pelanggan di seluruh Malaysia, termasuk pendaki, jemaah haji dan umrah, pelajar asrama dan keluarga yang sibuk. Kami juga membuka dapur retort kami kepada usahawan makanan melalui servis retort.

Proses MakanHubb: dari dapur ke pouch, 8 langkah

Bahan dibeli dan disimpan, dimasak, diisi ke dalam pouch, dikedapkan, diretort, disimpan 2 minggu untuk pemantauan, kemudian dibungkus. Lihat kilang kami ›
Orang di sebalik MakanHubb


Produk MakanHubb, dari telefon ke rak kedai
Platform digital
Kedai online kami, Shopee, TikTok dan WhatsApp, dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.
Agen dan pemborong
Rakan jualan yang memasarkan produk kami di kawasan masing-masing, secara runcit atau borong.
Koperasi sekolah
Pilihan di kedai koperasi sekolah berasrama kerana mudah disimpan dan tak perlu disejukkan.
Stesen minyak
Di kedai serbaneka stesen minyak, untuk pelanggan yang sentiasa bergerak.
Cuba sendiri
Lihat menu penuh di kedai kami, atau tanya pasal servis retort untuk masakan anda.
