Tanpa pengawet tambahan  ·  Hantar seluruh Malaysia  ·  Harga promo di kedai online
Utama / Polisi Pemulangan

Polisi Pemulangan

Polisi pemulangan MakanHubb: bila kami ganti produk, dan cara buat tuntutan.

Polisi pemulangan ini terpakai untuk produk yang dibeli dari kedai online MakanHubb. Kerana produk kami ialah makanan, pemulangan dihadkan atas sebab keselamatan dan kebersihan.

Polisi pemulangan untuk pek makanan retort MakanHubb

Bila polisi pemulangan tidak terpakai

  • Tukar fikiran
  • Tak suka rasa atau tekstur
  • Tersalah order
  • Alamat yang diberi tidak betul

Bila kami ganti atau pulangkan wang

  • Produk yang diterima salah
  • Bungkusan rosak teruk: pouch koyak, bocor atau ada tanda diusik
  • Produk rosak dari kilang dan tidak selamat dimakan
  • Ada item yang tak sampai

Cara buat tuntutan

WhatsApp kami di 012-540 0263 dalam 24 hingga 48 jam selepas terima order. Sertakan perkara berikut supaya tuntutan boleh diproses dengan cepat:

  • Nombor order
  • Gambar produk dan bungkusan
  • Gambar label kurier
  • Penerangan ringkas masalah

Tuntutan selepas 48 jam mungkin tidak layak.

Kaedah bayaran balik

Bayaran balik yang diluluskan dibuat melalui kredit atau baucar, atau pindahan bank. Tempoh proses 7 hingga 14 hari bekerja. Bayaran asal dibuat melalui kedai online OrderLa.

Polisi pemulangan servis retort

Untuk servis retort, sesetengah pouch boleh gagal (bergelembung, pecah atau hancur) walaupun SOP dipatuhi. Tiada bayaran balik untuk pouch yang gagal kerana makanan sudah diproses. Baca syarat penuh di page servis retort.

Diskaun dan promosi

Promosi tertakluk pada tempoh, stok dan syarat yang dinyatakan. Promosi di website mungkin berbeza dengan Shopee dan platform lain, dan tak boleh digabung kecuali dinyatakan.

Soalan lazim polisi pemulangan

Boleh pulangkan produk yang belum dibuka?

Tidak untuk sebab tukar fikiran atau tersalah order. Kerana produk kami ialah makanan, kami hanya ganti atau pulangkan wang untuk produk yang salah, rosak, tidak selamat dimakan atau tidak sampai.

Berapa lama bayaran balik diproses?

Selepas tuntutan diluluskan, bayaran balik melalui kredit, baucar atau pindahan bank diproses dalam 7 hingga 14 hari bekerja.

Siapa yang perlu saya hubungi?

WhatsApp pasukan kami di 012-540 0263 pada waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang. Sertakan nombor order supaya kami boleh semak dengan cepat.

WhatsApp