Servis Retort Makanan di Kuala Lumpur
Servis retort MakanHubb untuk lauk, kari atau sos beku anda di Wangsa Melawati. Kami retort ke dalam pouch supaya boleh disimpan pada suhu bilik. RM17.50 sekilo, caj minimum RM70.00.
Harga servis retort
| Perkara | Harga |
|---|---|
| Caj asas (sehingga 4kg, termasuk 20 pouch transparent) | RM70.00 |
| Lebih 4kg, ikut berat sebenar | RM17.50/kg |
| Pouch silver | +RM3.50/keping |
| Pouch transparent tambahan (lebih 20) | +RM2.50/keping |
| Servis segera (1-3 hari) | +RM50.00 |
| Deposit tempah slot | RM70.00 |
Contoh kiraan
| Situasi | Jumlah |
|---|---|
| 4kg, 20 pouch transparent | RM70.00 |
| 6kg, 25 pouch transparent 6 x RM17.50 + 5 x RM2.50 | RM117.50 |
| 4kg, 20 pouch silver, segera RM70.00 + 20 x RM3.50 + RM50.00 | RM190.00 |
Kira anggaran harga
Harga akhir disahkan selepas makanan ditimbang di kedai.
Tempah SlotMasak, kedap, sterilkan dalam pouch
Retort ialah proses memanaskan makanan yang dah dikedap dalam pouch pada suhu dan tekanan tinggi. Bakteria dimusnahkan, jadi makanan boleh disimpan pada suhu bilik tanpa peti sejuk dan tanpa bahan pengawet. Ini cara yang sama kami guna untuk pasta dan lauk MakanHubb.
Semua proses dibuat di premis sendiri
Dari pemilihan bahan mentah hingga pembungkusan akhir, setiap langkah dibuat di premis kami sendiri, mengikut Sistem Kawalan Halal Dalaman. Inilah proses yang sama untuk produk MakanHubb dan makanan yang anda hantar untuk diretort.
- 1Bahan mentah dipilih dan dibeli
- 2Bahan disimpan dalam stor
- 3Proses memasak
- 4Makanan yang dimasak terus diisi ke dalam pouch
- 5Pouch dikedapkan
- 6Pensterilan dalam mesin retort pada suhu 121°C dan tekanan 1.5 bar (sehingga 110 pek setiap kitaran)
- 7Kuarantin dan inkubasi 7 hari penuh: setiap pek diuji kembung, bocor dan bau sebelum dilepaskan
- 8Pembungkusan akhir

Pengeluaran pukal
Selain servis retort untuk orang ramai, kami juga mengeluarkan makanan sedia makan dalam kuantiti besar, dari penyediaan ramuan hingga retort.
Retort pouch berlapis
Pouch 4 lapisan gred makanan (food-grade) yang direka untuk tahan suhu tinggi, jadi rasa dan tekstur terjaga dan kedapan kekal kuat.
Tanpa pengawet
Pensterilan pada suhu dan tekanan tinggi bermakna makanan tahan lama tanpa bahan pengawet dan tanpa peti sejuk.
Cara tempah servis retort
- 1Pilih servis: bawah 4kg atau lebih 4kg
- 2Senaraikan makanan di ruangan remarks: jenis, anggaran berat (kg) dan saiz pouch (50g, 100g, 150g, 200g atau 300g)
- 3Pilih tarikh dan masa temujanji (slot Rabu hingga Sabtu, 11 pagi hingga 5 petang)
- 4Bayar deposit RM70.00 untuk kunci slot
- 5Bawa makanan dalam keadaan beku dan berlabel
- 6Kami timbang bersama, anda bayar baki, kami mula proses
Contoh remarks: 1. Kari daging, 2kg, pouch transparent 50g. 2. Kari ikan, 2kg, pouch silver 100g.
Makanan apa yang sesuai?
Sesuai untuk retort
- Makanan berkuah seperti kari, gravy dan sambal
- Masakan bersantan (guna santan kotak supaya minyak tak pecah)
- Ayam tanpa tulang atau tulang tajam
- Daging lembu potongan biasa (bukan tenderloin, wagyu atau steak)
- Makanan laut: udang, sotong, tenggiri, tongkol
Tidak sesuai
- Bihun, mee dan kuey teow
- Kuih dan kek
- Sayur berdaun hijau
- Telur, pastri dan pai
- Makanan goreng dan buah-buahan
- Nasi dan pasta diterima, tapi mungkin tak tahan lama
Perlu tahu sebelum guna servis retort
Rasa akan berubah sikit
Warna, rasa dan tekstur berubah selepas retort. Ini normal untuk semua makanan retort.
Kuarantin 7-14 hari
Tunggu 7-14 hari selepas retort sebelum makan atau jual. Kalau pouch bergelembung, buang dan jangan makan.
Bukan 100% berjaya
Sesetengah pouch boleh gagal (bergelembung, pecah atau hancur). Tiada refund untuk pouch yang gagal walaupun SOP dipatuhi, kerana makanan dah diproses.
Baca juga soalan lazim makanan retort dan terma servis retort, atau lihat produk retort MakanHubb yang dihasilkan di dapur yang sama. Sedang pertimbang beli mesin sendiri? Baca panduan mesin retort kami.
Soalan servis retort
Berapa harga servis retort?
RM17.50 sekilo dengan caj minimum RM70.00 untuk sehingga 4kg, termasuk 20 pouch transparent. Pouch silver RM3.50 sekeping, pouch transparent tambahan RM2.50 sekeping.
Berapa lama makanan retort boleh tahan?
Bergantung pada jenis makanan dan cara penyediaan. Pasta dan lauk MakanHubb sendiri tahan 1 hingga 2 tahun pada suhu bilik. Untuk masakan anda, WhatsApp kami dengan resipi dan kami boleh beri anggaran.
Kena hantar makanan dalam keadaan apa?
Makanan mesti beku dan setiap jenis dilabel dengan jelas. Makanan yang tak beku boleh menjejaskan hasil retort.
Berapa lama proses retort?
Tempoh biasa bergantung pada giliran. Untuk servis segera dalam 1-3 hari, tambah RM50.00.
Perlu buat temujanji?
Ya. Temujanji wajib sebelum hantar makanan. Tempah slot dan bayar deposit RM70.00 melalui kedai online kami.
Boleh retort makanan untuk dijual?
Boleh. Ramai usahawan kecil guna servis ini untuk lauk dan kari. Pastikan label dan permit jualan anda sendiri teratur.
Pouch transparent atau silver, mana lebih baik?
Pouch transparent menunjukkan isi makanan dan lebih murah. Sebaliknya, pouch silver lebih melindungi daripada cahaya. Pilih ikut cara anda nak simpan atau jual.
Ada refund kalau retort gagal?
Tiada refund kalau pouch gagal walaupun SOP dipatuhi, kerana makanan dah diproses. Ikut tips penyediaan di atas untuk kurangkan risiko.
Sedia nak retort?
Tempah slot sekarang, atau WhatsApp kami dulu kalau tak pasti makanan anda sesuai.
