Tanpa pengawet tambahan  ·  Hantar seluruh Malaysia  ·  Harga promo di kedai online
Utama / Penghantaran

Penghantaran

Penghantaran makanan MakanHubb ke seluruh Malaysia: tempoh, kos dan kawasan.

Penghantaran makanan MakanHubb meliputi seluruh Malaysia. Semua order dari kedai online diproses di HQ kami di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, dan dihantar melalui kurier ke alamat anda.

Penghantaran makanan MakanHubb ke seluruh Malaysia

Kawasan penghantaran makanan

Kami hantar ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sesetengah produk mungkin terhad ke kawasan tertentu, dan ini akan dipaparkan semasa checkout.

Tempoh proses dan penghantaran

KawasanAnggaran
Proses dan bungkus1 hingga 2 hari bekerja
Semenanjung Malaysia1 hingga 5 hari bekerja
Sabah dan Sarawak3 hingga 7 hari bekerja

Ini anggaran sahaja. Musim perayaan, cuti umum dan cuaca boleh melambatkan penghantaran. Untuk musim perayaan, kami cadangkan order awal. Anda akan terima nombor tracking selepas order dihantar, jadi anda boleh semak status bungkusan terus di website kurier.

Kos penghantaran

Kos dikira automatik semasa checkout di kedai online OrderLa berdasarkan alamat dan berat. Anda akan nampak kos sebenar sebelum bayar.

Penghantaran makanan secara ambil sendiri atau Lalamove

Anda boleh ambil sendiri atau tempah Lalamove sendiri dari MakanHubb HQ, No 26 Jalan Wangsa Budi 1, Taman Wangsa Melawati. Maklumkan masa ketibaan pemandu dengan jelas supaya order sedia bila pemandu sampai.

Pembungkusan

Setiap pek diperiksa sekali lagi sebelum dibungkus untuk memastikan tiada pouch yang kembung atau bocor. Order dibungkus dengan bubble wrap dan kotak yang kukuh. Pouch retort tahan perjalanan dan tak perlu ais atau peti sejuk, tapi kerosakan luar boleh berlaku kalau bungkusan dikendalikan kasar oleh kurier.

Order borong dan majlis

Untuk order pukal, rombongan atau majlis, WhatsApp kami di 012-540 0263 supaya kami boleh sahkan stok dan cara penghantaran terbaik.

Barang rosak atau hilang

Hubungi kami dalam 24 hingga 48 jam selepas terima order, bersama nombor order, gambar produk dan bungkusan, dan gambar label kurier. Rujuk polisi pemulangan.

WhatsApp