Tanpa pengawet tambahan  ·  Hantar seluruh Malaysia  ·  Harga promo di kedai online
Utama / Sijil Halal MakanHubb

Sijil Halal MakanHubb

Nombor rujukan, tarikh sah dan 18 produk MakanHubb yang diliputi sijil halal JAKIM.

Jawapan ringkas: MakanHubb halal untuk 18 produk yang tersenarai dalam sijil halal JAKIM bernombor rujukan JAKIM.700-2/3/1 072-10/2023. Sijil MakanHubb ini dikeluarkan pada 01/11/2026 dan sah hingga 31/10/2028.

Page ini menghimpunkan butiran sijil halal MakanHubb di satu tempat: nombor rujukan, tarikh sah, senarai produk yang diliputi dan cara anda boleh menyemaknya sendiri. Salinan penuh sijil boleh dibuka dalam fail PDF.

Sijil halal JAKIM MakanHubb, muka surat pertama
Muka surat pertama sijil halal JAKIM MakanHubb. Klik untuk buka PDF penuh.

Butiran sijil halal MakanHubb

Nombor rujukanJAKIM.700-2/3/1 072-10/2023
Nombor sijilE54647, E54648 dan E54649
Dikeluarkan olehJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tarikh dikeluarkan01/11/2026
Sah hingga31/10/2028
StandardMS 1500:2019 dan OIC/SMIIC 1:2019
Pemegang sijilDuoReQa 9 Enterprise, No. 26, Jalan Wangsa Budi 1, Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur

Senarai 18 produk MakanHubb dalam sijil halal

Nama produk di bawah ditulis sama seperti dalam sijil. Produk yang dijual di kedai online kami ada pautan terus ke page produk.

NoNama produk dalam sijilPage produk
1AGLIO OLIO SPAGETI SEDIA UNTUK DIMAKAN BAWANG PUTIH & AYAMLihat produk
2BOLOGNESE SPAGETI SEDIA UNTUK DIMAKAN DENGAN TOMATO SEGAR AYAM DAN CENDAWANLihat produk
3BOLOGNESE SPAGETI SEDIA UNTUK DIMAKAN DENGAN TOMATO SEGAR DAGING DAN CENDAWANLihat produk
4CARBONARA SPAGETI SEDIA UNTUK DIMAKAN BERKRIM DAN BERKEJU AYAM DAN CENDAWANLihat produk
5CARBONARA SPAGETI SEDIA UNTUK DIMAKAN BERKRIM DAN BERKEJU DAGING DAN CENDAWANLihat produk
6CHICKEN DUMPLINGS / LADU AYAM
7CREAMY MUSHROOM SOUP / SUP CENDAWAN BERKRIM
8LAKSA JOHOR DIPERBUAT DARI ISI IKAN & UDANGLihat produk
9LAKSA THAI LAKSA LEMAK SIAM DIPERBUAT DARI ISI IKANLihat produk
10NASI GORENG CILI KERING
11NASI GORENG CILI PADI AYAM
12NASI GORENG CINA
13NASI GORENG KAMPUNG
14PES PERISA BOLOGNESE SEDIA UNTUK DI MASAK
15PES PERISA CARBONARA SEDIA UNTUK DI MASAK
16PES TELUR ASIN SEDIA UNTUK DI MASAK
17SOS TELUR ASIN SEDIA UNTUK DI MAKAN
18VIETNAMESE ROLL / POPIA VIETNAM

Produk yang tiada dalam senarai ini tidak diliputi oleh sijil halal MakanHubb yang sama. Kalau anda ada soalan tentang produk tertentu, hubungi kami sebelum membeli.

Cara semak sijil ini sendiri

  1. Buka portal rasmi Halal Malaysia di halal.gov.my.
  2. Cari dalam direktori halal menggunakan nama syarikat DuoReQa 9 Enterprise atau nombor sijil E54647.
  3. Bandingkan nama produk, nombor rujukan dan tarikh sah dengan butiran di atas.

Selain sijil, kami memasak dan memproses setiap pek di premis sendiri di Wangsa Melawati. Baca proses penuh di page Tentang MakanHubb.

Soalan lazim tentang sijil halal

Adakah semua produk MakanHubb halal?

Sijil halal JAKIM kami meliputi 18 produk yang disenaraikan di atas, termasuk spaghetti Aglio Olio, Bolognese dan Carbonara, Laksa Johor dan Laksa Thai. Produk lain tidak diliputi oleh sijil ini.

Bila sijil halal ini tamat?

Sijil ini sah hingga 31/10/2028. Kami akan kemas kini page ini apabila sijil diperbaharui.

Di mana produk ini dibuat?

Semua produk dimasak, dipek dan diretort di premis kami di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Boleh saya beli produk yang ada sijil halal secara online?

Boleh. Semua produk sedia makan kami ada di kedai online MakanHubb, dengan penghantaran ke seluruh Malaysia.

WhatsApp