
Laksa Johor
Laksa Johor sedia makan dari MakanHubb. Dimasak dan disterilkan secara retort, tanpa pengawet tambahan dan tak perlu peti sejuk.
(PRODUK RETORT) Kuah Laksa Johor & Spaghetti in one pack.
CONTENTS:
X1 KUAH LAKSA JOHOR
X1 SPAGHETTI
KEY INGREDIENTS: CRUSHED FISH & PRAWN FILLETS, COCONUT MILK, CHILI, GARLIC, RED ONION, LEMONGRASS, CANTALOUPE, SALT, SUGAR, TURMERIC, MEAT CURRY SPICE, SHRIMP PASTE, WATER, COOKING OIL.
Cara makan Laksa Johor
- Koyak pek, campur spaghetti dan sos, makan terus.
- Atau keluarkan ke dalam bekas dan microwave 20 saat, atau panaskan dalam kuali 1 minit.
- Atau rendam pek tertutup dalam air panas 5-10 minit.
Cara simpan
Diproses secara retort, iaitu dimasak dan disterilkan dalam pek tertutup pada suhu dan tekanan tinggi. Oleh itu, tak perlu peti sejuk. Selain itu, simpan di tempat kering dan elak cahaya matahari terus. Rujuk tarikh luput pada pek.
Penghantaran
Dihantar dari Wangsa Melawati, KL. Anggaran 1-5 hari bekerja di Semenanjung dan 3-7 hari bekerja ke Sabah dan Sarawak. Selain itu, anda boleh ambil sendiri di HQ.
Soalan lazim Laksa Johor
Berapa lama boleh tahan?
Jangka hayat 1 hingga 2 tahun pada suhu bilik dari tarikh pembuatan. Rujuk tarikh luput pada pek dan simpan di tempat kering.
Perlu panaskan dulu?
Tak wajib. Makanan dah dimasak sepenuhnya, jadi boleh dimakan terus dari pek. Kalau nak panas, keluarkan ke dalam bekas dan microwave 20 saat, atau rendam pek tertutup dalam air panas 5 hingga 10 minit.
Ada bahan pengawet?
Tiada bahan pengawet tambahan. Setiap pek dimasak dan disterilkan dalam pek tertutup pada suhu 121 darjah Celsius, dan setiap kelompok dikuarantin 7 hari untuk ujian kembung, bocor dan bau sebelum dijual.
Boleh hantar ke Sabah dan Sarawak?
Boleh. Anggaran 3 hingga 7 hari bekerja ke Sabah dan Sarawak, dan 1 hingga 5 hari bekerja di Semenanjung. Anda juga boleh ambil sendiri di Wangsa Melawati.




